Sabtu, 1 Mei 2010

Taman Alam - Kuala Selangor

Cuti Hati Pekerja semalam aku manfaatkan dengan pergi bersiar bersama keluarga ke Kuala Selangor atau lebih tepat Bukit Malawati. Kuala Selangor merupakan sebuah daerah yang tidak kalah dari segi pelancongan dan sejarah. Bukit Malawati merupakan bekas ibu kota Selangor merupakan sebuah kota yang cantik.

Sebenarnya setiap kali aku dan walid melalui kawasan ini untuk ke Lumut aku akan minta untuk singgah ke Bukit Malawati yang terkenal dengan sejarah dan rumah apinya. Tetapi sering kali tidak dilayan kerana kami dalam keadaan yang tergesa-gesa. Entah apa mimpinya pagi semalam walid suruh bersiap kerana ingin ke Kuala Selangor.

Jika anda kesini dinasihatkan agar bermalam. Kami sendiri tidak sempat bermalam kerana percutian ini tidak dirancang. Jika kita memilih untuk bermalam (2H1M) selain dapat melawat Bukit Malawati, kita juga boleh melawat Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor dan Taman Alam. Taman Alam merupakan habitat semulajadi dan terpenting negara untuk perbagai jenis burung (98 jenis burung tempatan sahaja). Taman Alam seluas 450 ekar menempatkan13 jenis pokok kayu bakau, dibuka sejak 1987 hasil kerjasama kerajaan negeri Selangor dan MNS. Aku dan suami merupakan ahli MNS. Oleh itu memang menjadi rancangan kami untuk kesini keranan pernah dimaklumkan oleh MNS. Bayaran masuk kesini ialah RM 4. Tetapi ahli MNS hanya RM 2, selain itu terdapay juga tapak perkemahan dan shalet untuk disewa.

Kami memilih untuk menikmati perkhidmatan Tram, kita hanya perlu membayar RM 3, tram tersebut akan membawa kita mendaki Bukit Malawati dan kemudiannya ke Taman Ikan AIr Tawar.

Aktivit malam yang paling popular disini ialah melihat kelip-kelip. Itu kami belum berkesempatan. InsyaAllah akan datang.




























Tiada ulasan:

Catat Ulasan