Maka lengkaplah anak kami sepasang setelah lahirnya anak kedua kami ini. Dilahirkan secara pembedahan di hospital bersalin HKL, Hana Marissa adalah nama yang menjadi pilihan kami. Hana lahir tepat jam 9.01 malam 6 Mei 2010 (malam jumaat) dengan berat 3.65kg. Hana ni maksudnya rezeki tanpa kepayahan. Terdapat juga maksud lain bagi Hana dalam bahasa lain didunia.
HANA (Arabic: حانا, Hebrew: חַנָּה, Japanese: 花):
1. Arabic name meaning "happiness."
2. Japanese name meaning "favorite" or "flower."
3. Short form of Czech Johana, meaning "God is gracious."
4. Variant spelling of Hebrew Chana, meaning "favor; grace."
Manakala Marissa pula maksudnya ialah sopan santun.
Semoga kehadiran Hana Marissa akan menambah seri dan rezeki dalam keluarga kami.
Disini disertakan
RAHSIA BULAN DAN KELAHIRAN.. MEI oleh Dato' Dr Fazilah Kamsah.
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros
Umi dan Hana beberapa jam selepas proses kelahiran..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan