Khamis, 21 Julai 2011

Cuti-cuti Malaysia 2011- Bahagian 4 - Bukit Larut

Bukit Larut adalah antara tanah tinggi yang dibuka oleh orang Inggeris dalam usaha mereka untuk mencari tempat yang sesuai dengan suhu eropah. Bukit larut kurang terkenal jika dibandingkan dengan tanah tinggi lain kerana kesukaran untuk naik keatasnya. Hanya dengan mendaki(berjalan kaki) atau menaiki kenderaan khas land rover milik perbadanan bukit larut anda akan sampai diatas. Penggunaan kenderaan sendiri adalah dilarang sama sekali.

Tiket yang dikenakan adalah RM 6. Perjalanan naik dan turun adalah atas permintaan anda tetapi tiket terakhir adalah jam 4. Anda boleh naik pada jam 8 pagi dan turun pada 4 petang. Tapi awas, jika anda memilih waktu turun yang lewat, sedangkan anda telah lama diatas, anda mungkin tidak dapat turun awal melainkan memang land rover kosong. Ini kerana tiada apa sangat diatas Bukit Larut, tarikan utamanya adalah bunga Tulip, tetapi itupun jika bernasib baik.

Puncak bukit ini terlalu kecil, kurangnya pengunjung kerana sukarnya untuk dinaiki menjadi faktor Bukit Larut tidak semaju Bukit Bendera atau Bukit Fraser. Walau bagaimanapun, suhu disini agak dingin dan nyaman.



Terdapat beberapa buah banglow, taman teh, menara tinjau, apartment dan restoran diatas puncak Bukit Larut. P{enginapan disini biasanya penuh pada hujung minggu. Biasanya diduduki oleh pencinta alam dari dalam dan luar negara.
























Keletihan selepas turun dari Bukit Larut..jalan mendaki adalah sangat curam, terlalu berliku dan sekiranya diberi peluang memandu sendiri pastinya tidak lepas dengan selekoh-selekohnya yang memang dasyat.

Risau jugak takut Fathi dan Marissa muntah..tapi mereka tertidur..mungkin pening..ada juga penumpang lain yang pening-pening.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan