Sabtu, 30 Januari 2010

ceria di majlis birthday anak umi...





Hari Jadi Fathi 1 Tahun

video

Video ini aku lambat uploadkan, hari jadi Fathi sebenarnya pada 06.12.09 yang lalu.. yelah dulu walid yang raji berblog ni, tapi kini untuk lensakiri walid serahkan pada umi, terima kasih sayang.. Masa ni Fathi masih belum boleh berjalan seperti sekarang.. Fathi berjalan sebulan selepas hari jadinya. Walid yang mengambil video ini dengan kamera Sony DSLR kesanyangannya.. Walid sekarang tengah intai-intai kamera baru Nikon D60 dan lense baru untuk aktiviti tahunan di Fraser Hill. InsyaAllah walid ada rezeki walid tu..

Majlis ni dibuat sederhana saja,bersama sepupu-sepupu Fathi. Pada hari itu aku masak mee goreng,nugget,kentang dan ayam goreng, wedges, kuih karipap dan sosej. Selain itu ada makanan ringan untuk sepupunya yang dah semakin ramai ni..

Apa-apapun, selamat hari lahir anak umi, semoga jadi ahli solat, anak yang soleh dan murah rezeki..