Rabu, 20 Julai 2011

Cuti-cuti Malaysia 2011- Bahagian 1

Setelah penat lelah selama enam bulan mengikuti kursus pos basik, kami mengambil keputusan untuk bercuti, ini kerana walaupun yang berkursus adalah aku, tetapi kesanya turut dirasai oleh ana dan anak-anak. Kami merancang untuk melawat abang di Taiping, rakan di Pulau Pinang dan ke Cameron Highland. Walau bagaimanapun cadangan asal adalah lebih jauh, iaitu melawat rakan di Kelantan, Terengganu dan pakcik di Kuantan. Ini kerana sejak berkahwin, kami belum kerumah pakcik di Kuantan.

Perjalanan dimulakan pada jumaat malam (15.07.11) bagi mengambil berkat sunnah Rasullullah s.a.w yang berjalan pada waktu malam semasa peristiwa isra' mikraj. Perjalanan pada waktu malam juga dikatakan lebih pendek jaraknya kerana keaadaan malam yang sejuk merapatkan muka bumi. Wallahualam.

Kami bertolak lebih kurang jam 10 dan sampai hampi pukul 12 di Sitiawan untuk bermalam dirumah abang ana.





Keesokannya kami bertolak ke Kuala sepetang, namun sebelum itu sempat melawat jiran lama di Sitiawan yang juga merupakan rakan baik emak dan ayah. Kami memilih Kuala Sepetang kerana ini adalah antara pekan yang belum kami lawati di Perak. Selain itu pekan nelayan ini turut mempunyai nilai sejarah dan tarikannya tersendiri seperti industri kayu arang.


Menara Masjid Kuala Sepetang



Masjid Kuala Sepetang



Pejabat Pos



Kuala Sepetang turut terkenal dengan kelazatan mee udang. Sepanjang perjalanan kesini dari Pekan Simpang,anda akan menjumpai banyak gerai yang menawarkan mee udang sebagai menu utama.




Kami memilih gerai mak jah, ini kerana kedainya paling besar, ramai orang dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti pakir, tandas dan surau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan