Bukit Larut adalah antara tanah tinggi yang dibuka oleh orang Inggeris dalam usaha mereka untuk mencari tempat yang sesuai dengan suhu eropah. Bukit larut kurang terkenal jika dibandingkan dengan tanah tinggi lain kerana kesukaran untuk naik keatasnya. Hanya dengan mendaki(berjalan kaki) atau menaiki kenderaan khas land rover milik perbadanan bukit larut anda akan sampai diatas. Penggunaan kenderaan sendiri adalah dilarang sama sekali.
Tiket yang dikenakan adalah RM 6. Perjalanan naik dan turun adalah atas permintaan anda tetapi tiket terakhir adalah jam 4. Anda boleh naik pada jam 8 pagi dan turun pada 4 petang. Tapi awas, jika anda memilih waktu turun yang lewat, sedangkan anda telah lama diatas, anda mungkin tidak dapat turun awal melainkan memang land rover kosong. Ini kerana tiada apa sangat diatas Bukit Larut, tarikan utamanya adalah bunga Tulip, tetapi itupun jika bernasib baik.
Puncak bukit ini terlalu kecil, kurangnya pengunjung kerana sukarnya untuk dinaiki menjadi faktor Bukit Larut tidak semaju Bukit Bendera atau Bukit Fraser. Walau bagaimanapun, suhu disini agak dingin dan nyaman.
Terdapat beberapa buah banglow, taman teh, menara tinjau, apartment dan restoran diatas puncak Bukit Larut. P{enginapan disini biasanya penuh pada hujung minggu. Biasanya diduduki oleh pencinta alam dari dalam dan luar negara.
Keletihan selepas turun dari Bukit Larut..jalan mendaki adalah sangat curam, terlalu berliku dan sekiranya diberi peluang memandu sendiri pastinya tidak lepas dengan selekoh-selekohnya yang memang dasyat.
Risau jugak takut Fathi dan Marissa muntah..tapi mereka tertidur..mungkin pening..ada juga penumpang lain yang pening-pening.
Khamis, 21 Julai 2011
Rabu, 20 Julai 2011
Cuti-cuti Malaysia 2011- Bahagian 3 -Taiping
Selepas melawat ke Kuala Sepetang, kami meneruskan perjalanan ke Taiping..bandar aman damai yang cantik dan permai..Taping adalah Paris Malaysia..jika gambar perkahwinan diambil sekitar Taiping, terutamanya Taman Tasik, tentunya gambar tersebut indah dan romantis.
Di Taiping kami melawat Zoo Taiping dan Bukit Larut.
Cantik tak gambar ni? Gajah tersenyum...comelkan..
Zoo Taiping ternyata berbeza dengan zoo yang lain, haiwannya juga leboh lincah.. harimaunya pandai berenang.. Penempatan haiwan diletakan mengikut tempat asal..seperti fauna australia...afrika...
Selain itu perkhidmatan tram adalah percuma dan makanan didalam zoo tidaklah terlalu mahal. Perbandingan yang saya buat adalah dengan zoo negara.
Tak banyak gambar yang dapat diambil..kerana kami naik tram dan kesuntukan masa..ini kerana tiket untuk menaiki Bukit Larut sudah diambil..
Di Kamalodge...

Cuti-cuti Malaysia 2011- Bahagian 2 - Kilang Kayu Arang
Dikesempatan ini kami menjengok operasi industri kilang kayu arang di Kuala Sepetang. Rupa-rupanya banyak kilang dikawasan ini yang melakukan industri ini, dan setiap mereka mempunya lesen operasi yang mempunyai tempoh tertentu yang mana lesen boleh ditarik jika tidak mengikut piawaian jabatan perhutanan dan lain-lain agensi.
Ini sedikit gambaran tentang industri kayu arang Kuala Sepetang. untuk info lanjut mungkin boleh baca artikel ni
Dalam kilang
Rupa bentuk “dapur” pembakaran arang yang berbentuk igloo
Terusan atau laluan air untuk membawa kayu bakau yang memang ditanam untuk kayu arang. Kayu bakau disinni biasanya sebesar betis dan peha aku.

Cuti-cuti Malaysia 2011- Bahagian 1
Setelah penat lelah selama enam bulan mengikuti kursus pos basik, kami mengambil keputusan untuk bercuti, ini kerana walaupun yang berkursus adalah aku, tetapi kesanya turut dirasai oleh ana dan anak-anak. Kami merancang untuk melawat abang di Taiping, rakan di Pulau Pinang dan ke Cameron Highland. Walau bagaimanapun cadangan asal adalah lebih jauh, iaitu melawat rakan di Kelantan, Terengganu dan pakcik di Kuantan. Ini kerana sejak berkahwin, kami belum kerumah pakcik di Kuantan.
Perjalanan dimulakan pada jumaat malam (15.07.11) bagi mengambil berkat sunnah Rasullullah s.a.w yang berjalan pada waktu malam semasa peristiwa isra' mikraj. Perjalanan pada waktu malam juga dikatakan lebih pendek jaraknya kerana keaadaan malam yang sejuk merapatkan muka bumi. Wallahualam.
Kami bertolak lebih kurang jam 10 dan sampai hampi pukul 12 di Sitiawan untuk bermalam dirumah abang ana.
Keesokannya kami bertolak ke Kuala sepetang, namun sebelum itu sempat melawat jiran lama di Sitiawan yang juga merupakan rakan baik emak dan ayah. Kami memilih Kuala Sepetang kerana ini adalah antara pekan yang belum kami lawati di Perak. Selain itu pekan nelayan ini turut mempunyai nilai sejarah dan tarikannya tersendiri seperti industri kayu arang.
Menara Masjid Kuala Sepetang
Masjid Kuala Sepetang
Pejabat Pos
Kuala Sepetang turut terkenal dengan kelazatan mee udang. Sepanjang perjalanan kesini dari Pekan Simpang,anda akan menjumpai banyak gerai yang menawarkan mee udang sebagai menu utama.
Kami memilih gerai mak jah, ini kerana kedainya paling besar, ramai orang dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti pakir, tandas dan surau.

Langgan:
Catatan (Atom)