Sabtu, 8 Ogos 2009

Bukit Fraser

Ini kali kedua aku ke Bukit fraser. Kedatangan aku kali ini adalah kerana Pesta Burung antarabangsa yang berlangsung disini. Aku bukanlah peminat burung, tapi saja datang memerhatikan gelagat peminat burung selain ingin bercuti disebuah puncak bukit yang kecil dan nyaman. Ini kerana kali pertama aku kesini, penduduk disini memberitahu yang pada masa tertentu banyak burung akan berhijrah kesini, dipercayai kerana kesejukan Bukit Fraser, jadi bila aku mengetahui adanya Pertandingan menangkap gambar burung di Bukit fraser aku lantas menempah penginapan, nasib aku baik kerana masih ada saki baki bilik. Tetapi tidak seperti yang diberitahu,Bukit Fraser pada waktu ini tidaklah sesejuk mana, selain itu tiada burung yang kelihatan, mungkin kerana terlalu ramai yang hadir, maka si burung bertindak msuk ke hutan. Berbeza semasa aku datang pada kali pertama, burung2 yang cantik begitu mudah dilihat. Maaf tak banyak gambar yang aku ambil,kerana aku tidak membawa kamera, sebaliknya adikku yang mengambil gambar pada kali ini.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan