Sabtu, 8 Ogos 2009

Bukit Fraser

Ini kali kedua aku ke Bukit fraser. Kedatangan aku kali ini adalah kerana Pesta Burung antarabangsa yang berlangsung disini. Aku bukanlah peminat burung, tapi saja datang memerhatikan gelagat peminat burung selain ingin bercuti disebuah puncak bukit yang kecil dan nyaman. Ini kerana kali pertama aku kesini, penduduk disini memberitahu yang pada masa tertentu banyak burung akan berhijrah kesini, dipercayai kerana kesejukan Bukit Fraser, jadi bila aku mengetahui adanya Pertandingan menangkap gambar burung di Bukit fraser aku lantas menempah penginapan, nasib aku baik kerana masih ada saki baki bilik. Tetapi tidak seperti yang diberitahu,Bukit Fraser pada waktu ini tidaklah sesejuk mana, selain itu tiada burung yang kelihatan, mungkin kerana terlalu ramai yang hadir, maka si burung bertindak msuk ke hutan. Berbeza semasa aku datang pada kali pertama, burung2 yang cantik begitu mudah dilihat. Maaf tak banyak gambar yang aku ambil,kerana aku tidak membawa kamera, sebaliknya adikku yang mengambil gambar pada kali ini.



















Perjalanan Ke Sitiawan

Perjalanan ke sitiawan sebenarnya bagi menghadirkan diri ke kenduri kawan yang mana keduanya merupakan rakan sekelas di SMK Tok Perdana. Iaitu Shahril dan Fadhilah. Aku mengambil kesempatan dari majlis ini untuk balik ke tempat aku melalui zaman remaja. Tentu sekali dengan majlis seperti ini aku dapat bertemu dengan rakan2 yang sama sama lepak menjadi kutu di Sitiawan dulu, Shah, Ahmad dan Fitri. Bila jumpa diaorang, rasa masih sekolah lagi, lebih2 lagi telatah Fitri yang tidak berubah. Kepada Shahril dan Fadilah selamat pengantin baru, semoga kekal sehingga akhir hayat. Welcome to my club!


Selamat Pengantin Baru


My Love & My son


Shah & Asnida bersama kembar mereka



Pemandangan Esplanade Lumut diwaktu senja






My handsome boy and my love